Tinjauan bandingan yang pada dahulunya dijalankan secara fizikal dari rumah ke rumah atau pejabat tidak lagi releven pada masa sekarang kerana banyak masa yang terbuang. Pada masa kini tinjauan bandingan di monopoli oleh panel konsultan yang beroperasi melalui internet dan mempunyai cawangan di seluruh dunia.
Banyak laman web menawarkan soalan tinjauan bandingan untuk diisi dan ianya menawarkan upah bagi setiap sesi tinjauan bandingan tersebut. Setelah mendaftar menjadi ahli mereka, anda akan dijemput untuk menyertai soalan bandingan yang sesuai dengan profil anda melalui jemputan e-mail.
Melalui pengalaman saya sendiri, setiap laman web menawarkan dalam 3 ke 5 sesi soalan tinjauan bandingan seminggu dengan kadar upah diantara $1.50 ke $2.75 untuk setiap soalan yang disiapkan. Kebanyakan soalan tinjauan yang ditawarkan adalah berkait dengan profil diri anda dan faktor geografi dimana anda tinggal. Soalan kebanyakannya adalah dalam dwi Bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Pendaftaran secara terus dengan laman web yang menawarkan khidmat ini adalah percuma dan kebanyakan pembayaran adalah samaada menerusi PayPal atau ‘Cash-Cheque’ yang dipos terus ke alamat anda.
Dalam masa yang sama, terdapat juga berpuluh-puluh laman web yang berperanan sebagai ajen/broker anda untuk mencari dan mengumpul seberapa banyak kajian bandingan dari banyak laman web untuk dimajukan kepada anda. Melalui mereka, peluang untuk anda menjana pendapatan adalah lebih tinggi. Walaubagaimanapun, anda perlu membayar antara $10.00 ke $80.00 untuk yuran pendaftaran seumur hidup. Caj yang dikenakan ini adalah sebagai kos pengurusan mereka untuk membayar sewa ‘web-hosting’ dan seumpamanya.
Sebelum menyertai skim seumpama ini, anda dinasihatkan untuk membaca tips-tips penting di SINI.
Anda boleh merujuk kepada website di bawah yang menyenaraikan skim kaji selidik untuk ada mencuba :-
https://www.savethestudent.org
https://www.thepennyhoarder.com
http://www.top10paidonlinesurveysites.com
https://www.dreamhomebasedwork.com
https://www.quickpaysurvey.com
http://www.elitesurveysites.com
https://realwaystoearnmoneyonline.com
https://www.goodfinancialcents.com
https://www.matthewwoodward.co.uk
http://www.genuineonlinefreejobs.com
https://www.legitimatesurveysites.com
Sharing is Caring :