Seperti Wang Kripto (Cryptocurrencies) Bitcoin dan Ethereum yang boleh deperoleh secara melombong (Bitcoin / Ethereum Mining) secara terus dari 'Mining Pool' atau secara 'Cloud Mining' seperti yang dihuraikan di SINI, anda juga berpeluang untuk melombong sendiri dari komputer peribadi (PC) anda atau dari mana-mana PC yang mempunyai talian internet.
Walaupun hasilnya tidak semewah berbanding cara perlombangan 'Hardware Mining' dan 'Cloud Mining', yang penting kaedah ini tidak memerlukan suntikan modal dan 100% percuma tanpa yuran keahlian atau seumpamanya. Anda hanya perlu mendaftar dengan website tertentu yang menyediakan khidmat ini, muaturun aplikasinya ke desktop komputer anda dan dalam mod automatik ianya akan melombong matawang kripto secara serentak yang mana bersesuaian dengan kapasiti dan jenis 'processor' komputer anda (kebiasaannya wang kripto Monero dan digandingkan dengan wang kripto lain yang berpadanan). Hasil lombongan pula tertakluk kepada faktor kapasiti komputer anda dan kesukaran (difficulties) perlombongan pada kala itu.
Terdapat banyak website yang menyediakan khidmat ini, namun kebanyakan memerlukan sedikit kemahiran pengaturcaraan (programming). Oleh itu admin hanya akan mencadangkankan hanya satu website yang mudah digunakan oleh sesiapapun.
Wang Kripto yang boleh di lombong melalui PC dan tanpa modal ini adalah seperti disenaraikan dibawah :-
Bitcoin [BTC]
Bitcoin adalah wang kripto pertama diasaskan oleh Satoshi Nakamoto menggunakan teknologi 'Blockchain' sebagai mata wang digital kripto. Teknologi 'peer-to-peer' yang beroperasi tanpa kuasa pusat dan dilakukan secara kolektif ini adalah 'godfather' wang kripto.
Harga pasaran pada waktu ini :
Zcash [ZEC]
Zcash adalah wang kripto privasi yang membolehkan pengguna menyembunyikan butiran transaksi mereka termasuk jumlahnya.
Harga pasaran pada waktu ini :
Ethereum [ETH]
Ethereum kini merupakan projek blockchain yang paling bercita-cita tinggi. Ethereum adalah platform yang membolehkan kontrak pintar dibina dan dikodkan tanpa sebarang kemungkinan penapisan, 'downtime', penipuan atau gangguan pihak ketiga. Ianya adalah wang kripto terbesar selepas Bitcoin.
Harga pasaran pada waktu ini :
Litecoin [LTC]
Litecoin adalah wang kripto sepertimana Bitcoin. Walaubagaimanapun ianya dapat diekstrak dengan transaksi lebih cepat.
Harga pasaran pada waktu ini :
Bytecoin [BCN]
Bytecoin adalah wang kripto yang berasaskan CryptoNote yang pertama dan diperkenalkan pada 2012. Ianya juga adalah wang kripto privasi yang membolehkan pengguna menyembunyikan butiran transaksi mereka termasuk jumlahnya.
Harga pasaran pada waktu ini :
Monero [XMR]
Monero adalah syiling baru yang turut menggunakan protokol CryptoNote sepertimana Bytecoin dan dilancarkan pada April 2014.
Harga pasaran pada waktu ini :
Bitcoin Gold [BTG]
Bitcoin Gold adalah hasil dari pecahan rantain blockchain Bitcoin ('bitcoin fork') pada blok ke 491407.
Harga pasaran pada waktu ini :
DigitalNote [XDN]
DigitalNote adalah wang kripto berdasarkan teknologi CryptoNote dan algoritma CryptoNight. Ianya lahir dari pecahan rantaian Bytecoin ('bytecoin fork') berteraskan perlindungan privasi yang kuat.
Harga pasaran pada waktu ini :
QuazarCoin [QCN]
QuazarCoin juga adalah cryptocurrency baru berasaskan teknologi blockchain CryptoNote dan algoritma CryptoNight.
Harga pasaran pada waktu ini :
Fantomcoin [FCN]
Tidak seperti cryptocurrency CryptoNote yang lain, Fantomcoin boleh dilombong secara serentak dalam padamasa yang sama dengan wang kripto lain seperti Bytecoin, Monero, QuazarCoin atau sebarang duit syiling berasaskan Cryptonote.
Harga pasaran pada waktu ini :
MonetaVerde [MCN]
MonetaVerde adalah koin berasaskan CryptoNote. Ianya juga menyokong perlombongan secara gabungan dengan Fantomoin (FCN). MonetaVerde adalah cryptocurrency pertama di mana ganjaran blok meningkat apabila kesukaran berkembang. Perlombongan MonteVerde tidak memerlukan sebarang hashpower tambahan jika anda memilih perlombongan gabungan dengan wang kripto CryptoNote utama.
AEON coin [AEON]
Wang Kripto AEON adalah cryptocurrency tanpa nama yang juga berasaskan kepada protokol CryptoNote dan menggunakan algoritma CryptoNight
Harga pasaran pada waktu ini :
Dashcoin [DSH]
Wang Kripto Dashcoin adalah 'anonymous' dan berasaskan teknologi CryptoNote generasi terbaharu yang secara automatik berupaya untuk bermutasi.
Harga pasaran pada waktu ini :
Infinium-8 [INF8]
Infinium-8 (INF8) adalah wang kripto privasi terbaru yang juga berteraskan protokol CryptoNote.
Panduan Lengkap Melombong Wang Kripto dari Komputer (PC) Anda Tanpa Modal
Berikut adalah langkah-langkah bagi melombong wang kripto seperti disenaraikan di atas, menggunakan PC anda sendiri :-
1. Buka komputer (desktop atau laptop) anda dan klik di SINI untuk mendaftar terlebih dahulu
2. Daftar Email peribadi anda, password pilihan, ulangi password, klik 'im not robot' dan akhir sekali klik 'Signup & Start Mining'. Contoh seperti snapshot dibawah :-
3. Jika pendaftaran anda berjaya, anda diminta untuk muat turun perisian (software) untuk komputer anda. Klik 'download' dan 'install' di komputer anda.
4. Setelah selesai 'install' software tersebut, shortcut aplikasi tersebut akan terpampang di skrin desktop komputer anda, contohnya seperti 'screenshot' di bawah :-
5. Klik pada 'shortcut' di atas untuk membuka aplikasinya. Paparan yang muncul adalah seperti dibawah. Anda kemudian perlu log in ke akaun anda dengan mengisi email yang didaftar tadi berserta password
6. Perlombongan pintar (smart mining) akan bermula secara automatik setelah anda log in ke aplikasi tersebut. Pastikan internet dan bekalan kuasa ke komputer anda berterusan untuk membolehkan perlombongan sentiasa berjalan.
Kutip hasil perlombongan anda dan pindahkan ke akaun apabila jumlah minima yang dibenarkan untuk 'withdraw' telah cukup.
Snapshot paparan aplikasi adalah seperti contoh dibawah :
7. Selamat mencuba daan beroleh manafaat.
Sharing is Caring :